BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 17, 2012

I'm back :)

salam.. Aku rase agak lame jugak an aku menyepi tiada update ape-2.. ahaa.. mungkin sbb busy.. yelaa balik keje terus aku relax je.. lepak jugak keje..tapi aku bersyukur,ape yg aku buat,penat aku..setiap 2 kali sebulan,,itu lah imbalannya.. "GAJI TIME" .. hahahaha.. tapi mungkin juga sbb broadband aku sakit,tu yg aku ta online dan ta update blog :)

Now,dah ade hobi baru lagi laa bertambah sibuk.. main layang-2.. tu laa hobi aku skrg ni.. na kate setiap petang tu tipu laa.. cume kdg-2 je main layang-2.. aitttt..kejap.. aku ta main layang-2 yg buat gna kertas.. tu layang-2 zaman aku kecik-2.. ahaha.. skrg dah besar,layang-2 pun dah upgrade.. main yg dua tali :)
serious best.. na try? jom :p

Monday, December 26, 2011

Remaja dan Rakan

REMAJA .. Mengikut dalam kamus dewan , remaja merupakan golongan yang mulai dewasa , sudah akil baligh , sudah cukup umur untuk berkahwin .. Dalam erti kata lain remaja merupakan golongan yang berada dalam lingkungan pertengahan .. umur remaja biasanya antara 12 hingga 22 tahun .. Sungguh ramai remaja di negara kita ini , tetapi tidak ramai yang merupakan golongan pemangkin atau pemimpin negara pada masa akan datang .. Hal ini kerana remaja marcapada ini lebih minat untuk bersosial dan berhibur .. betul kan ? Jawapannya mestilah "ya" .. Hal ini kerana hiburan dan bersosial adalah lumrah atau fitrah hidup seseorang hamba Allah itu .. Bayangkan kalau kita hidup tanpa hiburan , semuanya dipandang serius , akhirnya kita juga bosan bukan ? .. Islam juga tidak pernah melarang umat-Nya untuk berhibur tetapi telah ditetapkan batas dan syarat-syarat tertentu ..
Persoalannya bukan itu , tetapi persoalan bagaimana seseorang REMAJA itu dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial .. Fokus utama yang paling penting adalah pemilihan rakan .. Rakan merupakan orang yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa .. Semua orang pasti ade rakan mereka sendiri .. Rakan yang baik sentiasa berada dekat dengan kita sama ada dalam senang atau kesusahan ..
Antara pemilihan rakan yang sangat baik adalah seperti berikut :
1. Setia - Dalam erti kata lain , dia sentiasa ada dengan kita .. dia boleh menjadi pendengar akan semua permasalahan yang kita hadapi ..
2. Menutup aurat - Rakan yang menutup aurat akan memberi semangat untuk kita menutup aurat juga .. tidak kira sama ada antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita atau lelaki dengan wanita ..
3. Boleh mempengaruhi ke arah kebaikan - Rakan yang baik , dia boleh mempengaruhi kita untuk melakukan perkara yang baik .. perkara yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah ..
4. Setia kepada Allah - Rakan yang setia kepada Allah sudah pasti dia akan setia dengan kita .. Hal ini kerana dia sangat menjaga hubungannya dengan Allah dan tidak hairanlah dia akan setia dengan kita ..
5. Taat kepada ibu bapa - Rakan yang taat kepada ibu bapa mereka , pasti akan mengajak kita untuk turut serta menghormati ibu bapa .. Bukan setakat ajak-ajak ayam tetapi boleh merangsang kita untuk terus menghormati ibu bapa ..

Saya rasa itu sahaja yang saya dapat kongsi daripada apa yang saya pelajari .. Alhamdulillah .. Maaf jika ada menyinggung sesiapa .. Artikel ini adalah nukilan saya sendiri , tiada ciplak dari mana-mana , hanya daripada pembelajaran saya , dan tiada kaitan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia .. Maaf juga kalau tersalah , ilmu saya masih cetek , masih belajar lagi .. Doakan saya :)

Assalamualaikum :)